Current time in Kuala Lumpur -
Current time in Paris -

Monday, November 10, 2008

Kismis Doa Tok Guru

Kismis ini telah dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan didoakan oleh Ustaz dan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Nikmatillah Pulau Melaka, Kelantan.

Jadikan amalan memakan kismis setiap pagi untuk kecerdasan minda, menguatkan daya ingatan dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

Khasiat Dan Faedah
Menghilangkan Penyakit Lupa
Menguatkan Daya Ingatan
Mencerdaskan Minda
Membersihkan Hati
Mencerahkan Mata
Menghilangkan Balgham

Sesuai Digunakan Untuk Kegunaan
Otak dan Minda
Sesuai Untuk Yang Menuntut Ilmu
Sesuai Untuk Mereka Yang Belajar Menghafaz Al-Quran
Sesuai Untuk Mereka Yang Belajar menghafaz Hadith
Sesuai Untuk Para Hafiz dan Hafizah

Cara Guna
Kanak-Kanak : 5-7 Biji
Dewasa : 7-11 Biji
Hafiz & Hafizah : 21 Biji

Makan pada waktu sebelum makan, dinasihatkan supaya jangan makan makanan masam, jeruk, epal masam dan kepala ikan.

Monday, September 29, 2008

Download Ringtones

  • naruto im said im naruto

  • go naruto go

  • harukanta

  • naruto fooling

  • naruto go go go

  • naruto loneliness

  • naruto rocks 1st opening

  • naruto sadness and sorrow
  • Tuesday, September 16, 2008

    Jamuan Perpisahan Leading Wan





    Majlis berbuka pose nie diadakan sempena persaraan orang muda dari TLDM Leading Wan. Diadakan di Pandamaran, seramai 20 orang anggota teknikal PHN hadir tapi bos besar tak datang......Makan nasi kerabu total sume 160 kira murahlah tur.....lg2 bila makan ngan mamat askar sume balun...hehehehhehe

    Tuesday, September 02, 2008

    Gunung Senyum 20 gua


    MISTERI di Hutan Lipur Gunung Senyum, Pahang mungkin tidak diketahui umum. Bagi mereka yang inginkan pengalaman beriadah sambil melancong ke lokasi percutian penuh misteri, ia mungkin menjadi lokasi terbaik buat anda.
    Gunung Senyum (1,594 m) di Jengka, Maran, kira-kira 40 kilometer (km) dari Bandar Pusat Jengka ini dibuka sebagai hutan rekreasi pada Julai 1989.
    Selain menjadi kediaman pelbagai spesies flora dan fauna, ia menawarkan pemandangan indah landskap semula jadi bukit batu kapur.
    Hutan Lipur Gunung Senyum meliputi kawasan seluas 794 hektar dan menjadi sebahagian Hutan Simpan Jengka 1,2,3 dan 4.
    Di sini, anda dapat menyaksikan keindahan dua puncak iaitu Gunung Senyum dengan kira-kira 20 gua dengan tapak arkeologi dan Gunung Jebak Puyoh.
    Selain Gua Angin yang popular, tarikan lain yang menjadi tumpuan pencinta alam sekitar termasuk Gua Terang Bulan, Gua Taman Satu, Gua Kelawar, Gua Kambing dan Gua Makam Tok Long.
    Gua ini terhasil oleh perubahan dan hakisan pada permukaan batu kapur di kawasan Gunung Senyum.
    Kebanyakan gua di Gunung Senyum itu juga dikatakan masih mengalami proses pertumbuhan stalagmit dan stalaktit. Kawasan hutan lipur ini juga menyimpan pelbagai herba yang mempunyai nilai perubatan komersial.
    Setiap gua memiliki keistimewaan tersendiri dan kisah di sebaliknya dipaparkan pada papan tanda untuk kemudahan pengunjung. Misteri dan keunikan ini menjadi tarikan utama pengunjung yang menjejakkan kaki ke hutan rekreasi ini.
    Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum dan masih disebut-sebut sehingga kini mengenai kisah Tok Long. Ia mengisahkan seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini.
    Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan untuk bertafakur di dalam sebuah gua di situ sehingga meninggal dunia. Kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi.
    Meskipun tiada kisah aneh berlaku kini, gua di sini tetap mempunyai daya tarikan semula jadi untuk menggamit kedatangan anda.
    Dari kajian arkeologi, hutan lipur dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik, malah kajian berkaitan penemuan bersejarah ini masih diteruskan sehingga hari ini.
    Bagi penggemar aktiviti lasak, perkhemahan dan merentas denai hutan untuk menyaksikan keindahan flora dan fauna menjadi aktiviti paling popular mereka yang pernah berkunjung ke sini.
    Terlanjur ke hutan lipur ini, jangan lupa singgah menginap di homestay Felda Jengka 25 atau chalet bajet bagi melengkapkan percutian anda.
    Bagaimanapun, mereka yang berhasrat untuk meneroka gua ini perlu mendapatkan khidmat pemandu pelancong dan mendaftar dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
    >MESTI BUAT
    >Meneroka gua, pendakian, merentas denai, perkhemahan antara aktiviti utama yang boleh dilakukan secara berkumpulan di sini. Bagaimanapun, ia mesti dilakukan dengan bimbingan pemandu pelancong terlatih.
    >Ekspedisi menjelajah gua boleh makan masa antara dua dan enam jam. Aktiviti ini boleh disesuaikan dengan kebolehan peserta.
    >Banjaran bukit yang mengelilingi gunung ini menyimpan 20 daripada 25 gunung membentuk Hutan Lipur Gunung Senyum. Semuanya dalam kawasan seluas 794 hektar.
    >Ada rumah tradisional Melayu Pahang dikatakan milik Datuk Seti Amar Mohamad Yassin Stan, antara orang kenamaan negeri ini dipercayai dibina pada 1907.
    >Homestay Jengka 25, 180km dari Kuantan menjanjikan pengalaman percutian dalam suasana ladang kepala sawit. Selain itu, penempatan luar bandar, Rumpun Makmur turut menjadi tarikan kepada mereka yang inginkan suasana estet di tengah Pahang.
    >INFO GUNUNG SENYUM
    >Terletak 40 kilometer dari Temerloh dan 20 kilometer dari Bandar Pusat Jengka, Maran.
    >Pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri atau menyewa pengangkutan awam ke destinasi ini dengan melalui laluan di Felda Jengka 25, Maran atau masuk di Persimpangan Kampung Awah, Temerloh.
    >Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Hutan Lipur Gunung Senyum.
    >Masih mengalami proses pertumbuhan stalagmit dan stalaktit.
    >RUJUKAN PERCUTIAN
    Pejabat Hutan Daerah Temerloh
    Tel: 09-2962755 / Faks: 09-296239
    Tourism Malaysia - Pahang
    Tel : 09-517 7113/7115 /Faks : 09-517 7114
    www.pahangtourism.com.my
    Tourism Malaysia
    Tel: 03-2615 8188 / Faks: 03-2693 5884
    Talian Pelancongan : 1-300-88-5050

    Saturday, August 30, 2008

    Switzerland oh Switzerland






    Nie sume gambar pemandangan kat switzerland...antara 3 negara yang aku lawati itali, france and switzerland aku letak switzerland nie tangga pertama kedua france and lastly sekali itali.....pemandangan kat switzerland memang lawa...saper2 yang suka ketenangan ataupun saper2 yang maw lihat keindahan semulajadi aku rasa switzerland adalah tempat terbaik untuk dilawati.....france plak banyak tempat bersejarah peninggalan perang dunia kedua, itali aku tak boleh comment banyak2 coz aku cuma melawat milan jer.....switzerland pun aku gie zurich jer tapi on the way nak pie saner, kena melalui kawasan pergunungan aku agak banjaran alps kot....highway switzerland nie cuma perlu bayar 30 euro pas tur kita boleh round satu switzerland.

    Saturday, August 23, 2008

    Tour To Disneyland In Paris




    Menarik....Nielah kali pertama aku pergi taman macam nie. Luas dan banyak permainan sampai lenguh kaki aku berjalan. Harga dia 108 euro untuk 2 hari masuk. Permainan yang paling aku tak boleh nak lupa rollercoster rock n roll memang menakutkan. Dia punya turn 360 darjah buat kita rasa nak melayang. Kalo anim ada nie mesti menangisnyer dia..kalu nak taw korang datanglah sendiri aku nak describe kat sini tak berapa pandai..nak datang sini tak susah pun, bolehlah naik RER dari lapangan terbang Paris.....

    Wednesday, August 20, 2008

    Jalan-jalan di Paris






    Nie semua gambar skuod aku....gambar aku takder lg.Masa dia orang pergi nie aku tak pergi ada kejer kat cherboug so aku tak dapatlah nak ikut dia orang......gambar first tur kat hard rock cafe yang hensem tur dweo mutiara, bai namanyer....second picture tur plak nama dia The Luv, orang cakap kalu pergi france takpie sini tak sah tapi aku tgk biasa jer takderlah lawa sgt. Dalam gambar tur dari kanan kheri, ikang, bai n noril. Gambar seterusnya dia org ambil kat tugu pahlawan dia org, aku pun tak ingat apa nama tempat tur yang sebenar dia. Tugu nie kat tgh2 roundabout, kalu nak pie situ tak payah nak lintas jalan, lalu jer kat bawah tanah dia orang sediakan terowong. last picture kat menara eifel towel, yang nie memang lawa dan klasik. kalu tgk senibina dia memang kita kagum lah....kalu setakat menara petronas tur kalah lah....ok nanti aku upload gambar aku plak, aku pun ada ambil gambar2 kat sini.....untuk tatapan tunangku.....

    Sunday, August 17, 2008

    Keputusan Kuiz

    Keputusan Kuiz Lee Chong Wei
    Jawapan : PERAK
    Pemenang : TIADA

    Tahniah buat Chong Wei yang memenangi pingat pertama dan terakhir buat Malaysia dan buat anim jgn kecewa cuba lg taw....u belom ada rezeki lg kot. Selamat mencuba........

    Keputusan Kuiz Sempena Kemerdekaan
    Jawapan : Melaka Bertarikh 17 Ogos 1957
    Pemenang : TIADA

    Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Buat Semua Rakyat Malaysia...Semoga Negara Kita Terus Aman & Damai...